Tuesday, April 21, 2020

SAINS - HAIWAN MEMBIAK(BERTELUR DAN BERANAK)

21/4/2020 -     SELASA    HAIWAN BERTELUR DAN HAIWAN BERANAK

Baca buku teks yang saya sertakan di bawah. 👇



Cuba murid-murid perhatikan sekeliling alam kita.
Sebutkan nama-nama haiwan yang ada di sekeliling kita.
Apakah nama haiwan yang selalu berada di atas rumah, tinggal bersama-sama kita dan menjadi binatang kesayangan kita ? jawapannya tentulah kucing dan ikan.
Ada juga haiwan yang tinggal di atas pokok , di dalam reban, di dalam kandang, dan banyak lagi.
Cuba namakan satu persatu.

di atas pokok  .................
di dalam reban ................
di dalam kandang ...............
di dalam tanah ................
di dalam air ....................

Tujuan cikgu bertanya untuk membawa fikiran kamu semua ke alam haiwan dan berfikir bagaimana haiwan-haiwan ini membiak atau menjadi semakin banyak.Sekiranya semua haiwan atau hidupan di bumi ini tidak membiak, tentulah semua akan pupus dan kita tidak dapat melihat haiwan lagi dan kita juga tidak akan wujud dan merasai hidup di alam yang cantik dan penuh nikmat ini.


💥 TONTON 👇



Latihan :  



Tulis jawapan sahaja.. terima kasih.



4 comments: