http://classroom.google.com
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua ibu bapa murid-murid 2 Nilam:😁
Ada 3 cara untuk anak - anak belajar Pendidikan Islam secara jarak jauh yang telah Ustazah Iman sediakan:
💻pembelajaran Maya
📃latihan bergambar
💌secara arahan biasa
Bagi murid yang berkemudahan internet dan boleh mengakses bahan atau kelas secara maya, anak-anak dijemput ke kelas Google Classroom Ustazah Iman
Cara-cara:
2. Masukkan email (personal), password dan tekan “Sign in”.
3. Klik pada tanda ‘+’ , kemudian klik ‘join class’
4. Masukkan class code (boleh copy & paste untuk lebih tepat)
5. Code kelas 2 Nilam ialah : 3c5jmpc
untuk yang tiada berkemudahan data yang kuat tetapi boleh mengakses gambar dan sebagainya pula, anak - anak 2 Nilam boleh buat 3 latihan di bawah:
1. latihan adab makan : isi tempat kosong
2. Latihan jawi: sambungkan huruf
3. Latihan ulangkaji ibadah: alat istinjak
- sekiranya ibu bapa berkemudahan mempunyai printer, boleh mencetak. sekiranya tiada, boleh menyalin latihan ini
- untuk murid yang tidak boleh membuka gambar melalui telefon anak - anak boleh jawab latihan di bawah
1. Adab: Buat satu jadual amalan adab makan yang kamu amalkan di rumah dan tandakan yang kamu lakukan setiap hari dalam minggu ini bermula Isnin:
- Membasuh tangan:
- Membaca Bismillah :
- Membaca doa:
- Tidak berebut:
- Tidak membazir:
- Makan dengan tangan kanan:
- Menunggu ahli keluarga:
- Mengucap alhamdulillah dan doa selepas makan:
- Menolong ibu bapa mengemas meja makan/membawa pinggan kamu ke dapur
2. Untuk latihan jawi, ustazah minta kamu
- senaraikan 30 benda/perkara yang ada di rumah kamu (sehari boleh cari 5 perkataan)
- tuliskan perkataan ruminya
- jawikan perkataan tersebut dan kita akan bincang naik sekolah nanti.
ini sy copy dari ustazah immaniah.. apa2... ustazah mohon respon..
ReplyDeleteAhmad Luqman Hakim telah siapkannya semua sekali
ReplyDeleteHaniflah pun siapkan latihan ini
ReplyDeleteAmirul iman sudah siap
ReplyDelete