Monday, April 20, 2020

RUANG INFO UNTUK IBU BAPA

ASSALAMUALAIKUM WBT,


Yang dihormati ibu bapa/ penjaga murid.
terima kasih atas kesabaran dalam menjamin anak-anak semua tetap belajar di rumah atau di mana sahaja mereka berada. 

Di sini saya sertakan beberapa perkara sebagai panduan sepanjang murid belajar secara offline/online di rumah.


💧 Semua kerjarumah murid perlu diletakkan dalam satu fail untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan satu fail untuk mata pelajaran sains (bagi murid tahun 2 Nilam )


💧Sepanjang tempoh PKP tuan puan tidak perlu menghantar kerja murid melalui whatsapp atau emel. Saya percaya selagi mana murid membuat kerja bersama ibu bapa atau keluarga di rumah, murid akan mendapat bimbingan yang sewajarnya. 


💧Apa yang mustahak, anak-anak perlu membuat latihan yang saya sertakan setiap hari. Penghantaran latihan pada masa ini tiada memberi impak yang berkesan kepada anak-anak kerana setiap kesilapan atau kesalahan yang terdapat dalam jawapan, walaupun disemak oleh guru, namun murid tetap tidak mendapat keterangan tentang sebab-sebab berlakunya kesilapan jawapan. 


💧Tuan/puan, tamat PKP nanti saya akan berbincang bersama murid satu persatu dan menjelaskan semula tentang setiap pelajaran yang telah laksanakan oleh murid. Semakan latihan memerlukan murid berdepan dengan guru, untuk guru maklumkan tentang bahagian yang anak-anak kurang faham. Semakan akan dilakukan secara kelas atau individu bergantung pada kesesuaian tajuk pelajaran.


💧Saya tidak akan memberikan banyak video untuk murid belajar tanpa sebarang keterangan lisan oleh saya terlebih dahulu.(mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains-2N. Murid perlu lalui pelajaran ikut topik yang telah diatur oleh saya. Bila murid sudah melalui proses keterangan oleh saya secara lisan, barulah saya akan sertakan video sebagai pengukuhan.

💧PKP dilanjutkan lagi selama 2 minggu selepas PKP 3. Jangan risau, saya akan terus berusaha supaya murid saya tidak tertinggal silibus.





Perhatian :

💥Penting dan memerlukan tindakan segera


MOHON IBU BAPA ISI BORANG SOAL SELIDIK DI BAWAH INI

👇


https://forms.gle/fBpEZUvYNjkG4GAV6


👉  KHABAR GEMBIRA 
💧 Pemakanan berkhasiat untuk anak-anak 
melawan jangkitan demam, batuk dan selsema.
 Perkongsian dari Saintis Mardi Malaysia DR.SURI ROOWI



Tips ALAMI untuk atasi batuk, demam dan selsema
dari  - Dr. Suri Roowi
Tips 1


Caranya adalah;
1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sa kit tekak dan selsema.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.
Selepas itu barulah ditambah air suam.
Sebaiknya diambil bersama madu. Dapatkan madu yang asli.
TIPS KE-2 dan 3
Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya sertakan sambungan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.
Cara ke 2 dan 3 adalah :
2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.
DI JEMPUT TONTON VIDEO DR. SURI ROOWI
💥BERMANAFAAT           https://www.youtube.com/watch?v=1_FdiK3HOmw

💥BERMANAFAAT           https://www.youtube.com/watch?v=2mjLReK5HAg

💥BERMANAFAAT            
https://youtu.be/hL-IXju_9Do



INFO TERKINI 20/5/2020

Mulai 21 Mei - 8 Jun 2020 PdPc e-learning tidak ada kerana cuti Hari Raya Aidilfitri, Cuti Pertengahan Tahun & Hari Keputeraan YDPA. PdPc e-learning dijalankan semula mulai 9 Jun 2020. Terima kasih.

PENGUMUMAN OLEH :

EN SHAHARUDDIN BIN EUSOP
GURU BESAR
SK. BUKIT PANTAI




17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Norazwani Binti Samsuddin
    Putera Aqmal Rayyan Bin Fairul Kamal

    ReplyDelete
  3. Norezan Binti Mohd Yusof
    Muhammad Faiz Muhaymin Bin Sharul Nizam

    ReplyDelete
  4. Siti Norhanishikin Binti Abdul Samad
    Zaizafuun Zulfa Binti Zainuri

    ReplyDelete
  5. Suriya binti idris
    Muhammad wafri win mat safari

    ReplyDelete
  6. Dhia Humayraa binti Abdul Halim

    ReplyDelete
  7. Muhammad nabil arfan bin ramzi

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu... Ezekiel Valerian Ayong Anak Ron

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cikgu... Ezekiel Valerian Ayong Anak Ron

    ReplyDelete
  10. ingat tak... SKBP ade bela kelulut unt anak2 kita meneroka dan mengenali sains teknologi dan matematik.. sebenarnya kami selalu titiskan pada tangan mereka unt mereka rasa sendiri. madu kelulut juga merupakan brain booster unt mereka. kajian dijalankan oleh doktor tempatan . salah satu usaha unt anak pintar, bagi la mereka madu kelulut, tp pastikan yg ori, baru beli

    ReplyDelete