Ayat majmuk
Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang dicantumkan ini disebut ayat majmuk.
Contoh: Murid itu bernyanyi sambil menari.
Ayat I: Murid itu bernyanyi.
Ayat II: Murid itu menari.
Kata hubung : sambil
PERBANDINGAN AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk
|
Kata hubung
|
Ayat tunggal
|
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.
|
dan
|
(a) Suhaili suka makan nasi lemak.
(b) Suhaili suka makan mi sup.
|
Latihan :
Salin semula dan nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
- Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. _________
- Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
- Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _______
- Encik Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ________
- Kucing itu mengiau kerana lapar. _________
- Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
- Gopal masih mempunyai datuk dan nenek._________
- Hartawan itu sangat kedekut._________
Mohon ibu bapa taip makluman pada ruangan komen,
untuk makluman juga sekiranya akses melalui telefon bimbit, hamparan tidak begitu tersusun dan penggunaan komputer atau laptop adalah lebih baik.
untuk makluman juga sekiranya akses melalui telefon bimbit, hamparan tidak begitu tersusun dan penggunaan komputer atau laptop adalah lebih baik.
Twin done. Tq cikgu. Anak2 blajar ikut masa diaorg sendiri... nmpk cam dia x bosan sgt...
ReplyDeletebagus amir n amira.. kita cuba yg terbaik
Deletesoffiyah amani siap.
ReplyDeleteok puan
ReplyDeleteHanif telahpun siapkan latihan ini
ReplyDeleteAMMER ZIQRI - SIAP
ReplyDeleteAhmad Luqman Hakim telah siapkannya
ReplyDeleteNisa Nabihah done
ReplyDeleteAmirul iman sudah siap
ReplyDeleteWafri dh siap
ReplyDeletePutera Rayyan dah siap
ReplyDeleteAl Haziq Wa'ie dah siapkan
ReplyDelete