Friday, April 3, 2020

BAHASA MELAYU - KATA HUBUNG


KATA HUBUNG

  Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk   menggabungkan :

§  perkataan dengan perkataan
§  rangkai kata dengan rangkai kata
§  ayat dengan ayat.


Contoh kata hubung ialah :

dan   sambil      atau       tetapi         malahan        bahkan         lantas

lalu     serta       maka


Contoh ayat yang menggunakan kata hubung ialah :

1. Azna sangat cantik tetapi sombong.
2. Ramy makan sambil berlari.
3. Azim bangun lantas mencapai mainannya.


Arahan :   Sila baca dan fahami keterangan di atas.
           Sila tulis latihan di bawah dengan jawapan yang betul.
Latihan :
1. Senaraikan lima kata hubung. 
___________   
___________   
___________
___________
___________

2.Bina tiga ayat mudah menggunakan kata
  hubung yang anda senaraikan.

i.  _______________________________________________

ii. _______________________________________________

iii._______________________________________________





Sila komen pada setiap latihan yang telah anak tuan/puan siapkan.
by: cikgushimah



14 comments: