Wednesday, April 29, 2020

BAHASA MELAYU - LATIHAN

 πŸ’«  30/4/2020
Penjodoh Bilangan

                 Tuliskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan gambar.

helai
pasang
kaki
buah
ekor
biji
bilah
batang


1.     Dua ________ bola        
                            
2.     Empat _________ cendawan

3.     Se__________ pisau                                  

4.      Dua ___________ kasut

5.      Tiga _______ kapal terbang   
                     
6.      Se ____________  daun

7.      Dua _______ pembaris     
                         
8.      Tiga ___________ tupai


πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€


πŸ’«  2/5/2020


Salin semula petikan menggunakan buku no.9 tanda merah atau kertas yang sesuai, dan lengkapkan jawapan pada tempat kosong.



Tuesday, April 28, 2020

BAHASA MELAYU - MEMAHAMI BAHAN GRAFIK


πŸ’« 29/4/2020 Melengkapkan jawapan

Arahan : 
Salin semula petikan dengan kemas.
Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.




SELAMAT BELAJAR
BY CIKGU SHIMAH

SAINS - HAIWAN MEMBIAK


πŸ’«  28/4/2020.    HAIWAN BERANAK DAN BERTELUR

BACA BUKU TEKS YANG DI SEDIAKAN DI BAWAH INI πŸ‘‡



Perhatikan gambar di atas, tentu murid-murid  semua telah dapat membeza dan menamakan haiwan yang bertelur dan haiwan yang beranak di dalam gambar di atas.

latihan : (salin semula dalam buku nota sains).

Senaraikan nama haiwan di atas mengikut katogeri.

Nama Haiwan
Cara Membiak













usaha tangga kejayaan, 
leka tanda akan ketinggalan.

by : cikgu shimah


Friday, April 24, 2020

BAHASA MELAYU - ARNAB YANG PEMALAS

πŸ’§24/2/2020  BERCERITA

ARNAB YANG PEMALAS
Cerita  kanak-kanak  tentang  dua  sahabat.
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

 Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu.
 Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.. Arnab menyambung tidurnya di bawah pokok dengan tiada rasa bersalah.

latihan :

Tuliskan tiga nilai yang terdapat dalam cerita di atas.

Nilai 1 : .......................................................................................................

Nilai 2 : .......................................................................................................

Nilai 3 : ......................................................................................................

Sumber dari :

http://adikceriacikgusuka.blogspot.com/2016/11/arnab-yang-pemalas-di-sebuah-hutan.html

Thursday, April 23, 2020

BAHASA MELAYU - MEMBACA DAN MEMAHAMI

πŸ’₯ 23/4/2020   MEMBACA


Baca contoh penulisan di atas kerana orang yang suka membaca adalah orang yang berjaya kelak.

Jawab soalan yang cikgu sertakan di bawah :

Jangan lupa murid-murid, biasakan diri menjawab menggunakan ayat lengkap.

1. Mengapakah Kent dianggap budak yang nakal ?
----------------------------------------------

2. Apakah yang orang-orang kampung telah lakukan ?
--------------------------------------------------

3. Mengapakah kaki Kent patah ? Apa yang telah berlaku ?
--------------------------------------------------------

4. Apakah banding semacam yang sesuai dengan sikap Kent ?
--------------------------------------------------------


Tuesday, April 21, 2020

SAINS - HAIWAN MEMBIAK(BERTELUR DAN BERANAK)

21/4/2020 -     SELASA    HAIWAN BERTELUR DAN HAIWAN BERANAK

Baca buku teks yang saya sertakan di bawah. πŸ‘‡



Cuba murid-murid perhatikan sekeliling alam kita.
Sebutkan nama-nama haiwan yang ada di sekeliling kita.
Apakah nama haiwan yang selalu berada di atas rumah, tinggal bersama-sama kita dan menjadi binatang kesayangan kita ? jawapannya tentulah kucing dan ikan.
Ada juga haiwan yang tinggal di atas pokok , di dalam reban, di dalam kandang, dan banyak lagi.
Cuba namakan satu persatu.

di atas pokok  .................
di dalam reban ................
di dalam kandang ...............
di dalam tanah ................
di dalam air ....................

Tujuan cikgu bertanya untuk membawa fikiran kamu semua ke alam haiwan dan berfikir bagaimana haiwan-haiwan ini membiak atau menjadi semakin banyak.Sekiranya semua haiwan atau hidupan di bumi ini tidak membiak, tentulah semua akan pupus dan kita tidak dapat melihat haiwan lagi dan kita juga tidak akan wujud dan merasai hidup di alam yang cantik dan penuh nikmat ini.


πŸ’₯ TONTON πŸ‘‡



Latihan :  



Tulis jawapan sahaja.. terima kasih.



Monday, April 20, 2020

RUANG INFO UNTUK IBU BAPA

ASSALAMUALAIKUM WBT,


Yang dihormati ibu bapa/ penjaga murid.
terima kasih atas kesabaran dalam menjamin anak-anak semua tetap belajar di rumah atau di mana sahaja mereka berada. 

Di sini saya sertakan beberapa perkara sebagai panduan sepanjang murid belajar secara offline/online di rumah.


πŸ’§ Semua kerjarumah murid perlu diletakkan dalam satu fail untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan satu fail untuk mata pelajaran sains (bagi murid tahun 2 Nilam )


πŸ’§Sepanjang tempoh PKP tuan puan tidak perlu menghantar kerja murid melalui whatsapp atau emel. Saya percaya selagi mana murid membuat kerja bersama ibu bapa atau keluarga di rumah, murid akan mendapat bimbingan yang sewajarnya. 


πŸ’§Apa yang mustahak, anak-anak perlu membuat latihan yang saya sertakan setiap hari. Penghantaran latihan pada masa ini tiada memberi impak yang berkesan kepada anak-anak kerana setiap kesilapan atau kesalahan yang terdapat dalam jawapan, walaupun disemak oleh guru, namun murid tetap tidak mendapat keterangan tentang sebab-sebab berlakunya kesilapan jawapan. 


πŸ’§Tuan/puan, tamat PKP nanti saya akan berbincang bersama murid satu persatu dan menjelaskan semula tentang setiap pelajaran yang telah laksanakan oleh murid. Semakan latihan memerlukan murid berdepan dengan guru, untuk guru maklumkan tentang bahagian yang anak-anak kurang faham. Semakan akan dilakukan secara kelas atau individu bergantung pada kesesuaian tajuk pelajaran.


πŸ’§Saya tidak akan memberikan banyak video untuk murid belajar tanpa sebarang keterangan lisan oleh saya terlebih dahulu.(mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains-2N. Murid perlu lalui pelajaran ikut topik yang telah diatur oleh saya. Bila murid sudah melalui proses keterangan oleh saya secara lisan, barulah saya akan sertakan video sebagai pengukuhan.

πŸ’§PKP dilanjutkan lagi selama 2 minggu selepas PKP 3. Jangan risau, saya akan terus berusaha supaya murid saya tidak tertinggal silibus.





Perhatian :

πŸ’₯Penting dan memerlukan tindakan segera


MOHON IBU BAPA ISI BORANG SOAL SELIDIK DI BAWAH INI

πŸ‘‡


https://forms.gle/fBpEZUvYNjkG4GAV6


πŸ‘‰  KHABAR GEMBIRA 
πŸ’§ Pemakanan berkhasiat untuk anak-anak 
melawan jangkitan demam, batuk dan selsema.
 Perkongsian dari Saintis Mardi Malaysia DR.SURI ROOWI



Tips ALAMI untuk atasi batuk, demam dan selsema
dari  - Dr. Suri Roowi
Tips 1


Caranya adalah;
1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sa kit tekak dan selsema.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.
Selepas itu barulah ditambah air suam.
Sebaiknya diambil bersama madu. Dapatkan madu yang asli.
TIPS KE-2 dan 3
Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya sertakan sambungan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.
Cara ke 2 dan 3 adalah :
2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.
DI JEMPUT TONTON VIDEO DR. SURI ROOWI
πŸ’₯BERMANAFAAT           https://www.youtube.com/watch?v=1_FdiK3HOmw

πŸ’₯BERMANAFAAT           https://www.youtube.com/watch?v=2mjLReK5HAg

πŸ’₯BERMANAFAAT            
https://youtu.be/hL-IXju_9Do



INFO TERKINI 20/5/2020

Mulai 21 Mei - 8 Jun 2020 PdPc e-learning tidak ada kerana cuti Hari Raya Aidilfitri, Cuti Pertengahan Tahun & Hari Keputeraan YDPA. PdPc e-learning dijalankan semula mulai 9 Jun 2020. Terima kasih.

PENGUMUMAN OLEH :

EN SHAHARUDDIN BIN EUSOP
GURU BESAR
SK. BUKIT PANTAI




Sunday, April 19, 2020

BAHASA MELAYU- PENJODOH BILANGAN



SELASA 21/4/2020. -    Penjodoh Bilangan



Murid-murid semua, kamu tentu tahu, dan masih ingat tentang kata nama yang pernah cikgu ajar. 

Untuk menyebut sesuatu kata nama, kita biasanya menyebut bersama penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
cuba perhatikan gambar di bawah.

πŸ’₯KLIK DI BAWAH INI :πŸ‘‡
https://www.slideshare.net/idrulirham/penjodoh-bilangan-12233691?fbclid=IwAR0EaAoLJBLD9Tq1hJAgOiVi_9aNJdw-ud1X-OTnlddX2NmlBu_o94MydIo










πŸ’₯Baca dan ingat semua yang di baca.

πŸ’₯ Latihan akan di sertakan selepas ini.


Saturday, April 18, 2020

BANDINGAN SEMACAM

ISNIN - 20/4/2020         Bandingan Semacam


Sila baca dahulu sebelum ke langkah yang seterusnya .

Perbandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan dan di sebut macam. Perbandingan semacam juga umumnya digunakan dengan perkataan  seperti, bagai dan laksana.

contoh :

     

    cantik macam puteri

  






            
         berat macam batu

           



        besar macam gajah





       garang macam harimau



  πŸ’₯  tonton
        https://www.youtube.com/watch?v=RhJKKLe_Wf8

   πŸ˜     Latihan :

a ) Sila lengkapkan dengan betul.

manis macam           _________________

masam macam         __________________

hijau macam            __________________

kurus macam.          __________________

lambat macam         __________________

bijak macam            __________________

gelap macam.          __________________


b)  Bina tiga ayat mudah menggunakan bandingan semacam.

1.  Anis tinggi macam galah

2.  ___________________________

3.  ___________________________

4.  ___________________________


jangan lupa siapkan yea anak-anak....    



       

by : cikgu shimah


Wednesday, April 15, 2020

SERONOK MEMBACA


16/4/2020  - BACA CERITA DI BAWAH INI.
                   RUSA YANG BONGKAK



Di sebuah hutan, ada seekor rusa. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.

    ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.  Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.            ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku.  Aku mahu kakiku cantik juga.  Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.
     Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak.  Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu.  Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

     Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.  Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu.  Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.  Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri.  Namun, tanduknya patahnya sedikit.

    Anjing pemburu semakin hampir.  Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.  Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

    Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak   lagi kelihatan begitu cantik.  Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.

a) Tulis makna perkataan yang bertanda merah.

1.   bangga   ___________________


2.   bongkak  ___________________



Sila klik di sini untuk bacaan seterusnya.