Monday, November 9, 2020

PRODUK DR. VEE

 KENALI APA ITU MK3

Misai kucing kaya antioksidan

BERMINAT UNTUK INFO LANJUT,

BOLEH HUBUNGI www.wasap.my/60132929214





KENALI APA ITU MK3
Misai kucing kaya antioksidan
BERMINAT UNTUK INFO LANJUT,
BOLEH HUBUNGI www.wasap.my/60132929214


MINUMAN tinggi asid kafeik untuk pesakit diabetes daripada herba misai kucing.
Impak kajian yang dilakukan oleh Mantan Pegawai Penyelidik Prinsipal Pusat Penyelidikan Makanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Suri Roowi, sangat besar.

Dengan pengalaman yang ada, pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) University of Glasgow, Scotland, United Kingdom ini mencipta nama dalam penyelidikan berkaitan makanan kesihatan atau makanan berfungsi.

Beliau membangunkan produk makanan kesihatan berasaskan buahan dan herba tempatan.

Antaranya adalah jus tinggi bahan antioksidan ringkas, minuman kaya antioksidan daripada limau kasturi, teh limau purut dan seumpamanya memenangi pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.

Kini, bekas siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berasal dari Johor ini, mempelopori penyelidikan makanan berfungsi daripada misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus. Berpotensi menjadi minuman kesihatan dengan konsep baru (kerana tinggi bahan antioksidan ringkas) untuk individu yang sentiasa mementingkan kesihatan.

Menyebut berkenaan misai kucing, “Apabila kita minum misai kucing, bahan aktif akan dicernakan membentuk satu bahan dikenali sebagai asid kafeik. 

“Kajian awal dijalankan di MARDI menunjukkan asid kafeik didapati pada kuantiti yang agak tinggi dalam bunga misai kucing.

“Namun, memandangkan kuantiti bunga misai kucing agak terhad, jadi agak sukar untuk membangunkan produk kesihatan berasaskan bunga misai kucing pada skala industri,” katanya.

“Kajian yang dilakukan di MARDI adalah dengan menggunakan jenis daun terpilih mengikut kematangan tertentu diikuti dengan memecahkan bahan aktif dalam daun untuk membentuk asid kafeik.

“Dalam lain perkataan Gunakan Daun Untuk Khasiat Bunga,” katanya.

Pembangunan produk minuman tinggi asid kafeik membabitkan penggunaan daun terpilih yang berkualiti tinggi, optimasi pengekstrakan, perubahan struktur kimia menggunakan campuran enzim terpilih atau mikrob dan pemilihan matrik makanan terpilih.

“Jadi secara tidak langsung, tidak perlu masa lama untuk diserap dalam badan.

“Kalau dilihat secara biasa, kesannya dapat dirasai selama sejam selepas minum dan 80 peratus daripada apa yang diminum diserap dalam darah dan dibawa ke dalam organ bermasalah,” katanya.

Ketika ini tidak banyak makanan kesihatan dijual mempunyai kadar serapan lebih pantas atau tinggi kandungan asid kafeik untuk pesakit diabetes.

“Kajian sebelum ini menunjukan asid kafeik mampu menurunkan paras glukosa dalam darah dan meningkatkan paras insulin plasma darah.

“Bahan ini adalah bahan antioksidan mudah serap dan boleh meningkatkan aktiviti glukokinase.

“Glukokinase adalah sejenis enzim yang boleh membawa molekul glukosa ke dalam sel atau organ untuk menjana tenaga,” katanya.

Kekalisan terhadap insulin pada pesakit diabetes menyebabkan glukokinase kurang diaktifkan dan ini boleh menyebabkan seseorang pesakit diabetes menjadi kurang bertenaga.

Dalam tubuh manusia, asid rosmarinik biasanya dipecahkan membentuk asid kafeik.

Sebaliknya apa berlaku, asid kafeik akan membawa gula masuk ke dalam sel untuk memberikan tenaga.

“Selain sesuai untuk merawat diabetes, ia juga sesuai untuk mengekalkan kesihatan,” katanya yang turut melakukan ujian kestabilan produk.

Asid kafeik juga adalah hasilan akhir metabolisma bahan klorogenik yang biasanya terdapat di dalam kopi.

“Bagaimanapun, penggambilan kopi berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan, kerana kopi mengandungi kafein.

“Berlainan halnya dengan asid kafeik yang membantu menurunkan paras gula, sekali gus meningkatkan paras insulin dalam darah,” katanya kafein dan asid kafeik adalah dua bahan yang berbeza.

Kini Dr Suri menghasilkan formula terbaru  berasaskan  misai kucing dan madu kelulut yang dikenali sebagai MK3. Formula terbaharu ini jauh  lebih baik berbanding formula sebelum ini.

Mereka yang ingin mengetahui hasil penyelidikan itu boleh menghubungi Dr Suri menerusi Facebook: Suri Roowi .


No comments:

Post a Comment