2/11/2020
Latihan M3
Lengkapkan karangan di bawah dengan menggariskan perkataan yang sesuai. Salin semula ayat-ayat ini supaya menjadi satu karangan yang lengkap.
Hobi Saya
Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap (ahli / anggota / orang) ada hobi.
Hobi saya ialah (membaca / menulis / mengulangkaji) buku. Saya dapat banyak faedah (untuk/dengan/pada) membaca. Saya membaca buku pada masa (senang / tenang / lapang).
Membaca (menambahkan / menyebabkan / memberikan) ilmu pengetahuan kepada saya. Saya selalu (membeli / mengambil / meminjam) buku dari perpustakaan. (Dia / Kamu / Saya) meminjam buku-buku seperti buku rujukan, sejarah, cerita dan lain-lain.
(Sifat / Tabiat / Kelakuan) membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya. Saya dapat (mengajar / mempelajari / memperbaiki) istilah-istilah baru. Amalan murni ini banyak membantu dalam (ajaran / pengajaran / pelajaran) saya. Saya dapat mengulangkaji pelajaran dengan (padat / singkat / senang).
Saya akan mengamalkan hobi ini untuk (seboleh-bolehnya / selama-lamanya / sesungguh-sungguhnya).
SALIN SEMULA DENGAN MENGGARISKAN PERKATAAN YANG BETUL. GUNAKAN KERTAS A4 UNTUK MEMUDAHKAN PENGURUSAN FAIL KELAK.
Assalamualaikum cikgu...raisha dah siap kerja minggu ni
ReplyDeleteDhia Humayraa done
ReplyDeleteSoffiyah amani dah siap kerja sekolah
ReplyDeleteameer ziqri done
ReplyDeleteWafri dah siapkan latihan
ReplyDelete