TATABAHASA- KATA BANTU
Kata bantu digunakan di hadapan kata kerja dan terbahagi kepada dua jenis:
a) Kata Bantu Aspek - menerangkan sesuatu dari segi masa
b) Kata Bantu Ragam - menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.
Kata Bantu Aspek | ||
Sudah Dilakukan Sedang Dilakukan Belum Dilakukan | ||
sudah telah pernah | sedang masih | belum akan |
Kata Bantu Ragam |
boleh dapat hendak mahu harus mesti |
Ada kata bantu aspek yang boleh hadir bersama-sama dan ada juga kata bantu aspek yang boleh hadir bersama dengan kata bantu ragam.
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Aspek | Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam / Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek |
belum pernah masih belum masih sedang sudah pernah telah pernah | sedang hendak belum boleh belum hendak akan dapat harus sudah mesti akan mesti hendak harus telah mesti sudah |
No comments:
Post a Comment