Thursday, May 27, 2021

SEJARAH TAHUN 5 - 28/5/2021 BUMI BERTUAH MENJADI REBUTAN

 BUMI BERTUAH MENJADI REBUTAN

Terdapat beberapa faktor kedatangan kuasa besar penjajah pada zaman sebelum merdeka. 

1. Kedudukan tanah Melayu yang strategik, terutama Melaka .

2. Kekayaan hasil bumi dan sumber alam

3. Penyebaran agama

4, Revolusi perindustrian

5. Kemasyuran


ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS, BELANDA, BRITISH DAN JEPUN



PENGAJIAN MALAYSIA

Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.

Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.

FAKTOR PENJAJAHAN BELANDA


Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal.  Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor.
Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.
Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .

FAKTOR PENJAJAHAN BRITISH


Pendudukan British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat akan kekayaan Tanah Melayu, Ini kerana British amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. Oleh itu, dengan kedatangan British ke Tanah Melayu bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan setelah British menguasai ekonomi di Tanah Melayu, British juga ingin membawa kepada campur tangan politik di Tanah Melayu.
Galakan ekonomi bertujuan memastikan usaha memonopolikan hasil dagangan utama seperti Bijih Timah kerana ekoran kekacauan di Negeri-Negeri Melayu. Perkembangan Revolusi Perusahaan (Perindustrian) pada abad ke-19 di Eropah, bermulanya mengetinkan makanan dan mengakibatkan lagi keinginan British untuk memonopolikan perdagangan timah. Pada abad ke-19, Britain masih kuat terpangaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Namun pada tahun 1870-an, dasar imperialisme mulai merebak di Britain lalu mempengaruhi tindak-tanduk mereka di Tanah Melayu. Selain Britain, kuasa barat yang lain seperti Belanda (di Indonesia) perancis (Indochina) disamping Itali, Jerman, dan Russia sedang bersaing. Campur tangan British di Selangor disebabkan tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826, Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki takhta pada 1826, Sultan Samad yang menaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah yang lemah dan mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja. Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di antara 1867-1873. Perang Kelang 1867-1873 Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah.
Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Raja Mahdi melarikan diri keKuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari RajaMusa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor.
Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan. Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh. Sir Andrew Clarke
mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874.

Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris. Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen. Perlantikan Tenku Antah sebagai Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi Gunung Pasir Hulu Muar dan Jempol tidak di iktiraf oleh Dato' Kelana. -Tenku Antah tidak diiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Tenku Antah juga tidak diiktiraf residen Inggeris di Sungai Ujong. -1875 Datuk Kelana dibantu Inggeris menuntut Terachi,Dato' Bandar ditewaskan. -Dato' Bandar kemudiannya dibuang negeri ke Singapura -1876 Tengku Antah diiktiraf Yam Tuan Besar Seri Menanti. Usaha Sultan Ahmad untuk menghalang campur tangan British di Pahang ialah berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar (Johor), membawa pelabur Eropah lain masuk ke Pahang bagi memajukan negeri baginda.Namun British menganggap tindakan ini boleh menjejaskan kepentingan mereka.

FAKTOR PENJAJAHAN JEPUN

Sejak  tahun  1932  golongan  tentera  telah  menguasai  politik  jepun  dan  pada tahun  1937  tentera  mula  menjerang  negara  china. Jepun bersekutu  dengan  jerman  dan  itali  pada  perang  dunia  kedua  untuk menentang  kuasa  berikat  iaitu  british  dan  amerika  syarikat pada  8 disember 1941  jepun  mula  menyerang  tanah  melayu  dan  pada  pertengahan  februari  1941  tanah  melayu  dan  singapura  jatuh  ke  tangan  jepun. Tentera jepun  cukup terlatih , berpengalaman , bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik., kurang bersedia, kelewatan tentera bantuan dari london dan india, menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang  dijangka british ,kapal perang  prince of wales dan repules yang ditenggelamkan oleh jepun pada 10 disember 1941 telah melemahkan lagi perahanan british.Persediaan tentera jepun yang lengkap. Pentadbiran jepun di tanah melayu ialah Jepun memerintah tanah melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya memulihkan keadaan awam, mewujudkan pemerintahan "Asia untuk orang asia" dan memonopoli sumber ekonomi di tanah melayu.

Antara corak pentadbiran tentera jepun di tanah melayu ialah pentadbiran tanah melayu yang dikenali sebagai Malai baru .Diketuai oleh seorang presiden jepun atau Gunsekin.Setiap negeri pula diketuai oleh seorang gabenor jepun atau syuchokan.Singapura yang dikenali sebagai syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan, Perlis, Terengganu dan Kedah diserahkan kepada negara Thai pada bulan Ogos .

KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS TERHADAP TANAH MELAYU

Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.

KESAN PENJAJAHAN BELANDA TERHADAP TANAH MELAYU

Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort),Pulau Pangkor.

KESAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP TANAH MELAYU

Munculnya Semangat Kebangsaan yang terus berkembang dalam jiwa anak bangsa selagi mana ada kuasa tertentu yang cuba menganggu gugat negara, agama dan bangsanya. Dalam konteks penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu ia telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada berkembangnya semangat nasionalisma penduduk di negara ini. Asal usul bertumbuhnya semangat ini adalah disebabkan peranan penjajah yang telah membawa masuk bangsa asing ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih timah dan juga perkembangan sistem pendidikan yang telah menyedarkan bangsa Melayu untuk bangun menentang kuasa asing yang begitu rakus menyelongkar hasil mahsul negara ini.
Paling awal adalah penentangan terhadap penjajahan British oleh beberapa individu seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh golongan yang berpendidikan agama, Melayu dan Inggeris. Pendudukan Jepun tidak terkecuali telah menaikkan lagi semangat nasionalisma penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Dalam hal ini, pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1942-1945 telah memberi keyakinan kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang Asia mampu menentang orang Barat yang dikatakan kuat dan berpengaruh. Ia juga memberi impak kepada penduduk Tanah Melayu untuk berjuang mempertahankan tanahair mereka disebabkan slogan yang dibawakan oleh tentera Jepun iaitu Asia untuk orang Asia. Seterusnya, Orang Melayu mula bersatu. Orang Melayu pada waktu itu tidak bergaduh atau berkonflik cuma mereka hidup secara terasing dan mengikut kenegerian. Justeru itulah dapat dilihat tertubuhnya persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan sebagainya. Jadi, dalam hal ini, penjajahan British telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Melayu. Buktinya adalah wujudnya penentangan orang Melayu secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union pada tahun 1946. Ekoran daripada inilah terbentuknya Parti UMNO pada tahun 1948 dengan nama United Malayan National Organization.  Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain daripada itu, British juga memperkenalkan tulisan rumi kepada penduduk Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu itu. Selain itu, berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar kerana masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya mengamalkan perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Lama-kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada bandar ke kawasan luar bandar.

Kesan tidak langsung hasil penjajahan British pada masa dahulu adalah monumen atau bangunan yang menjadi kesan kepada penjajahan British di negara ini. Antara tinggalan sejarah penjajahan asing di negara ini banyak didapati di Melaka kesan pendudukan Portugis dan Belanda, dan beberapa negeri di Malaysia masih menyimpan beberapa bangunan lama penjajahan British dan Jepun. Tinggalan ini juga telah memberi sumbangan kepada pembangunan pelancongan negara dan ini secara tidak langsung juga menjadi antara asas untuk menarik pelancong luar datang ke negara ini.

KESAN PENJAJAHAN JEPUN TERHADAP TANAH MELAYU

Kesan sosial, ekonomi dan politik 
Penindasan terhadap orang cina kerana pada waktu itu jepun sedang bermusuhan dengan china. Ramai pemuda yang terpaksa menjadi buruh paksa untuk membina landasan kereta api maut dan ramai yang mati akibat diserang penyakit dan kebuluran.Negara mengalami masalah kekurangan beras ekoran sistem perdagangan antarabangsa yang kacau- bilau dan memaksa masyarakat bergantung kepada sumber makanan lain seperti ubi kayu.Penduduk juga mengalami masalah kesihatan akibat kurangnya bekalan perubatan dan makanan yang tidak berzat dan layanan jepun yang berat sebelah’.Jepun memusuhi kaum cina dan telah menyebabkan pertempuran kaum diantara kaum cina dan melayu. Tanah melayu mengalami kemerosotan ekonomi pada peringkat individu dan keluarga.

Perusahaan biji timah dan getah yang pesat sebelum ini merosot ekoran kemusnahan yang berlaku pada lombong,ladang dan kilang kerosakan disebabkan serangan jepun untuk menakluki tanah melayu. Nilai mata wang negara turut jatuh dengan teruk. Telah memberi kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan.Jepun menggunakan propaganda “Asia Untuk Orang Asia”.   Masyarakat tempatan mendapat kesedaran tentang kelemahan kuasa pihak british.Pendudukan jepun telah melahirkan semangat nasionalisma dalam kalangan masyarakat tempatan. Kaum cina aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) kerana parti ini jelas menentang jepun dan membela nasib orang cina yang tertindas.

PENGAJARAN

Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada sesebuah negara bangsa.
Rakyat yang tidak bersatu-padu dan tidak taat setia kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.
Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.
Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.
Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi, terbuka minda, taat setia, bersatu padu dan patuh kepada undang-undang negara agar tidak mudah dijajah oleh negara asing.

KESIMPULAN

Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh itu harapan kita semua harap kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Fenomena ini juga menjadikan tamudan Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul. Sebagai warganegara , kita perlu mengetahui asal usul bangsa sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat melahirkan warganegara yang sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di Negara orang. kami cadangkan supaya pelajar-pelajar di Malaysia menittikberatkan hal yang berkaitan dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa pahlawan Negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah. 

https://youtu.be/UFvvg7dKvZc


Aktiviti :

1. Bina peta buih tentang sebab -sebab Tanah Melayu menjadi rebutan kuasa asing.




No comments:

Post a Comment