Pendudukan British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat akan kekayaan Tanah Melayu, Ini kerana British amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. Oleh itu, dengan kedatangan British ke Tanah Melayu bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan setelah British menguasai ekonomi di Tanah Melayu, British juga ingin membawa kepada campur tangan politik di Tanah Melayu.
Galakan ekonomi bertujuan memastikan usaha memonopolikan hasil dagangan utama seperti Bijih Timah kerana ekoran kekacauan di Negeri-Negeri Melayu. Perkembangan Revolusi Perusahaan (Perindustrian) pada abad ke-19 di Eropah, bermulanya mengetinkan makanan dan mengakibatkan lagi keinginan British untuk memonopolikan perdagangan timah. Pada abad ke-19, Britain masih kuat terpangaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Namun pada tahun 1870-an, dasar imperialisme mulai merebak di Britain lalu mempengaruhi tindak-tanduk mereka di Tanah Melayu. Selain Britain, kuasa barat yang lain seperti Belanda (di Indonesia) perancis (Indochina) disamping Itali, Jerman, dan Russia sedang bersaing. Campur tangan British di Selangor disebabkan tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826, Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki takhta pada 1826, Sultan Samad yang menaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah yang lemah dan mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja. Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di antara 1867-1873. Perang Kelang 1867-1873 Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah.
Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Raja Mahdi melarikan diri keKuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari RajaMusa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor.
Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan. Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh. Sir Andrew Clarke
mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874.
Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris. Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen. Perlantikan Tenku Antah sebagai Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi Gunung Pasir Hulu Muar dan Jempol tidak di iktiraf oleh Dato' Kelana. -Tenku Antah tidak diiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Tenku Antah juga tidak diiktiraf residen Inggeris di Sungai Ujong. -1875 Datuk Kelana dibantu Inggeris menuntut Terachi,Dato' Bandar ditewaskan. -Dato' Bandar kemudiannya dibuang negeri ke Singapura -1876 Tengku Antah diiktiraf Yam Tuan Besar Seri Menanti. Usaha Sultan Ahmad untuk menghalang campur tangan British di Pahang ialah berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar (Johor), membawa pelabur Eropah lain masuk ke Pahang bagi memajukan negeri baginda.Namun British menganggap tindakan ini boleh menjejaskan kepentingan mereka.